Tuesday, September 4, 2018

BERCUTI KE HOTEL

Baru-baru ini, cuti panjang sebab hari kemerdekaan.Cuti Jumaat sehingga Ahad.

Jumaat: settlekan semua kerja-kerja rumah bersama suami and anak-anak.

Sabtu tak tau nak pergi mana...

Suami cakap, nadia...jom tidoq hotel

First thing yang weolls buat adalah..pergi ke website TRIVAGO.

Plan nak tidur hotel kat penang. Tapi apakan daya, hotel kegemaran mahal sangat. Maka mulalah mencari hotel-hotel yang berdekatan sahaja.

Tup-tup dapat Hotel The Light, Seberang Perai Pulau pinang.

Sangat puas hati Hotel tersebut...

Antara review Hotel:

“The bed is especially comfortable to sleep in and the pillows are exceptional!. Service from hotel staff was very good, you will be greeted with a welcome drink! The breakfast spread was tasty with lots of variety - we were well fed for breakfast!”  

“Good value for money, felt welcome, excellent staff, good breakfast spread.” 

"Front desk staff was friendly. Very helpful during the check-in process + Breakfast was good + Nearby shopping mall and shops + Comfortable bed + Spacious room + The TV was huge, high definition and lots of channel”  

Secara jujurnya, kami satu family memang suka tidur di hotel yang best ni! Dari suami ke anak -anak, semuanya suka tidoq hotel! ha ha ha ha ha

Jomlah kita layan gambaq.

Cuti
Bahagian hadapan Hotel The Light

Lobi Hotel

Bercuti
Swimming pool yang best

Bercuti
Kids Room yang sangat selesa

anak
Seronok sungguh anak-anak berlari

Katil yang selesa
Anak-anak layan tv


Makanan kegemaran saya

Breakfast yang best!

Terbaik!

Makan yang terbaik!

Pulunnya anak mama



SYUKUR

Assalamualaikum semua,

Tazkirah pagi sat..
Semalam ada satu lagi pesakit memberitahu saya:

'Pn.Sabrina,kenapa kita sering berdoa semuga Allah panjangkan umur kita, bukankah kita tahu bahawasanya Allah sudah menetapkan ajal maut kita..'

Lepas tu saya tersenyap sat..nak pikir nak jawab apa..sebab ingat patient tu nak tanya soalan berkaitan ubat..
erm..seb baik teringat suami pernah bagi tazkirah kat saya..
saya pun jawablah

'Makcik, sebenarnya apabila kita berdoa..kita berdoa semoga Allah panjangkan umur kita untuk kita beribhadat kepada Allah. Selain itu, kita berdoa semoga Allah memberkati umur kita dan semuga Allah matikan kita dengan cara yang baik.InsyaAllah..

Pastu,makcik tu pun cakap..terima kasih Pn.Sabrina, jawapan yg simple n padat..

Sebenarnya,kita tak dapat lari dari melakukan dosa, saya pun masa muda adalah jahat2 siket..tapi saya tahu allah senantiasa membuka pintu ..supaya kita bertaubat..dan berjanji jangan melakukan dosa2 itu lagi...

'Ya Allah, sesungguhnya aku bersyukur dengan kehidupanku sekarang, punya suami yang memahami perangai ku..anak2 yang sentiasa memberikan ku senyuman,pekerjaan yang baik, ibu bapa n ibu bapa mertua yang baik..kesihatan yang baik..sesungguhnya Ya Allah..kau berkatilah hidupku...terima kasih diatas rezeki yang mencurah2 yg kau berikan kepadaku..Amin..'

Kawan-kawan..bersyukur lah dengan apa kita miliki hari ini...

KOSMETIK

Bila dengar mengenai kosmetik, semua perempuan nak cantik

Saya pun nak cantik

Saya pun nak kurus

Saya pun nak gojes

Tapi hakikatnya, semuanya itu memerlukan usaha tangga kejayaan

Semasa saya mengandung anak ke-empat, saya mengalami eczema yang teruk di bahagian muka.

Saya sangat tertekan, menangis setiap hari dan stress ya amat!

~SEMASA MENGANDUNG~

~SELEPAS BERSALIN~

Semasa saya mengandung anak kedua, saya mengalami berat badan yang mendadak sebanyak 85 kg.

Selepas bersalin, berat kembali normal ke 68 kg

Nak kurus kena usaha jaga makan dan senaman. Janganlah percaya kepada produk-produk kurus dalam masa 7 hari tu.haih...

~SEMASA MENGANDUNG : 85 KG~ 

~SELEPAS BERSALIN : 68 KG~

Kepada sahabat-sahabat di luar sana, jangan lah gunakan testimonial sebagai tanda aras produk tersebut berkesan. 

Jadilah pengguna yang bijak. Berjumpalah dengan pakar kulit atau mana-mana doktor dengan saluran yang betul.

Jom kita periksa status produk...


kosmetik





Jadilah pengguna bijak!

KEHIDUPAN


Lepas kawin, barulah tahu KEHIDUPAN yang sebenar-benarnya

Betullah orang cakap. 

Sebelum kawin kentut pun wangi. Lepas kawin…haaaaa (sendiri mau tahu lahhh.. hahahaha)

Dalam KEHIDUPAN ini, kadang –kadang kita impikan apa yang kita nak…

Tapi hakikatnya:

‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, pdahal ia amat buruk bagimu: Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak menhgetahui. ‘ ( Al –baqarah : 216)

Jom kenal siapa saya...

Nama: Che Sabrina Nadia 

Saya akan membawa anda masuk kedalam kehidupan saya...jom!



~Pergi ke Singapura ( Zaman Anak Dara)~

~Berkahwin~





~Anak 4~

Jalanilah kehidupan dengan sebaiknya wahai sahabat semua.

Siapa lagi yang akan mencorakkan diri kita kalau bukan diri kita sendiri.



~FULL STOP~